AddThis

Bookmark and Share

Tuesday, January 4, 2011

Roti Sosej Gulung

Resepi mudah untuk minum petang anda.
Roti Sosej Gulung
Bahan-bahan:
Roti Sandwich Gardenia (janji roti potong)
Sosej Ayam / Daging
Telur Ayam (basuh dahulu sebelum guna)
Biskut Cream Cracker
Caranya:
Gelek roti dengan penggelek doh (ikut suka guna alat apa ada) untuk penyekkan roti supaya nipis. Mudah untuk kita gulung sosej nanti.
Pukul telur dalam bekas lain. Biskut Cream Cracker ditumbuk halus untuk kita lapik luar roti sebelum menggoreng. Jadi, ada rasa rangup diluar roti itu selepas digoreng.
Kemudian, gulung sosej dan telur untuk disapu sebagai gam bagi melekatkan roti.
Roti di salut telur dan lumur biskut yang telah di tumbuk tadi.
Panaskan pan. Minyak tidak perlu banyak kalau guna pan non-stick.
Goreng roti yang telah disalut tadi. Balik-balikkan ia, sampai goreng rata.
Hidangkan bersama sos atau mayonis.

No comments: